Wednesday, May 25, 2011

10 Rahsia Untuk Hubungan Seks Yang Hebat

Terdapat pelbagai cara untuk menghangatkan lagi hubungan seks antara suami isteri. Jadi dibawah saya senarai 10 cara untuk menghangatkan lagu hubungan seks kamu dan pasangan kamu. InsyaALLAH.

Suami: Seks yang hebat bermula didapur :-). Bantu isteri kamu membasuh pinggan, buang sampah dan biarkan isteri kamu berehat. Buat agar dirinya terasa seperti dihargai. Hubungan seks akan lebih romantik jika si dia tidak kepenatan.
Isteri: Beritahu pasangan kamu apa yang kamu inginkan. Kebanyakkan lelaki tidak pandai membaca fikiran dan kemahuan wanita. Jadi beritahu si dia dengan lemah lembut dan penuh godaan :-).
Suami: Ambil masa! Seks adalah keseronokkan, relaks, kegembiraan dan cinta. Seks bukanlah pertandingan lumba lari 100 meter. Cepat mula dan cepat habis. Bermula dengan perlahan, perlahan-lahan mendaki bukit dan habiskannya dengan satu kenikmatan yang sentiasa diingati oleh si dia. Pasangkan lagu berentak perlahan dan perlahan-lahan mengurut belakang badan si dia. Panas!!!
Isteri: Cari masa! Adakah hubungan seks adalah perkara terakhir yang kamu lakukan pada waktu malam? Pada waktu kamu keletihan setelah penat berkerja? Atau hubungan seks pada waktu pagi, sewaktu nafas kamu berbau, dalam keadaan masih mamai? Jika hubungan seks penting pada kamu, maka buat satu jadual khas untuk hubungan seks kamu. Malam sabtu dan malam ahad mungkin sesuai kerana kamu mungkin tidak bekerja pada waktu itu.
Suami: Cuba kenang kembali saat kamu bercinta dengan isteri kamu. Manis bukan? Ayuh, buat tempahan direstoran kegemaran si dia untuk makan malam atau belikan hadiah buat si dia. Buat sesuatu yang romantik sebagaimana kamu buat pada isteri sewaktu kamu bercinta.
Isteri: Jika kamu mahukan hubungan seks yang hebat, goda suami kamu! Kebanyakkan lelaki amat mudah teransang dengan apa yang mereka lihat. Beli lingerie atau pakai baju dalam yang suami kamu sukai dan goda dia. Usah malu, si dia adalah suami kamu. Goda dan goda sehingga suami kamu menerkam kamu. Aum…
Suami: Beri kejutan pada isteri kamu. Sesuatu yang romantik. Bunga atau kad yang mengandungi ayat-ayat romantis. Mungkin juga kek kegemaran si dia. Atau masak makanan kegemaran si dia.
Isteri: Ingat, lelaki mempunyai imiginasi yang amat tingi mengenai seks. Jadi gunakan imiginasi kamu. Cuba korek imiginasi si dia, mungkin dia inginkan kamu memakai lingerie berbentuk sekian sekian atau si dia inginkan kamu memakai seragam jururawat atau polis? Penuhi fantasi si dia. dan luahkan juga fantasi kamu pada si dia.
Suami: Saya baru sahaja memberitahu wanita yang kamu mempunyai imiginasi yang hebat. Lepaskan imiginasi kamu pada si dia. Seks dalam kereta? Mahu isteri kamu menjadi jururawat? Ayuh, lakukan sahaja. Si dia adalah isteri kamu.
Isteri: Ambil masa membaca majalah kewanitaan untuk mendapatkan tips memikat dan mengoda suami kamu. Jika kamu terlihat produk yang mampu membantu menghangatkan hubungan seksual, usah teragak-agak untuk mencuba. Krim ketat? Lingerie seksi? Baju tidur yang jarang? Usah malu, si dia suami kamu.

Petikan dari:
http://jantansejati.com/rumahtangga-bahagia/10-rahsia-untuk-hubungan-seks-yang-hebat/

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Web Hosting Bluehost